Habib Salim lahir pada tahun 1359H di Kota Tahrim, Hadramaut Yaman. Rubat Tareem diwarisi daripada keturunannya As-Syatirie, telah berusia lebih 250 tahun. Melalui pelbagai fasa perubahan zaman, termasuk pernah ditutup semasa pemerintahan komunis di Yaman..
Sunday, August 9, 2009
Habib Salim lahir pada tahun 1359H di Kota Tahrim, Hadramaut Yaman. Rubat Tareem diwarisi daripada keturunannya As-Syatirie, telah berusia lebih 250 tahun. Melalui pelbagai fasa perubahan zaman, termasuk pernah ditutup semasa pemerintahan komunis di Yaman..
Thursday, October 30, 2008
Khatam - Muniyatul Musholli
Selesai dibaca pada 20 Ramadhan 1429H / 20 September 2008M (Sabtu) di Madrasah Darul Muhajirin, Kg Gajah Teriak, Jitra Kedah Oleh T.G Ustaz Khairul Anwar Al-Syafie Al-Balasi...
Labels: Pondok Gajah Teriak
Tuesday, October 28, 2008
Madrasah Nurul Iman, Kg Buluh Nipis, Napoh Jitra Kedah.
Inilah keadaan tempat pengajian/surau yang masih belum sempurna..
Labels: Pondok Buluh Nipis
Kitab Pengajian Jumaat ku
Guru : Ustaz Ibrahim Muhammad Isa
Kelas Umumi : Jumaat (8.30am-11.00am)
Kitab Fiqh : Sullam as-Sibyan.
Karangan : Haji Cik bin Ahmad al-Qadahi (Tok Ayah Cik)
Kitab Tauhid : Paku Iman dan Simpulan Iman
Karangan : Haji Cik bin Ahmad al-Qadahi (Tok Ayah Cik)
Kitab Tasauf : Penawar Bagi Hati
Karangan: Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indunisi al-Mandili
Labels: Pondok Buluh Nipis
Sunday, October 26, 2008
Madrasah Darul Muhajiirin, Kg Gajah Teriak, Mukim Binjal, Jitra Kedah.
Mudir : Tuan Guru Mohd Khairul Anuar Shafie
Kelas Umumi : Setiap Sabtu 8.30am - 10.30am
Alhamdulillah, aku mula menjejakkan kaki ke pondok ni since 2 tahun lepas. Hanya berpeluang mengikuti pengajian umumi yang diadakan setiap hari Sabtu.
Persekitaran Masjid tempat pengajian. Baru siap dibina sepenuhnya sekitar tahun 2006 gitu.
Pondok-pondok untuk warga yang dah berkeluarga... Biasanya warga tua yang memang komited untuk tinggal di kawasan pondok nih.. (full time lah gitu). Ada yang rumah papan tingkat atas tu depa bawa daripada rumah lama-lama depa.
Kawasan kejiranan pondok-pondok pelajar. Semuanya Banin (lelaki). terletak di lereng bukit.
Lebih jelas. Pondok pelajar di lereng bukit. Teratur dan kemas.. sejuk mata memandang. Sebuah pondok untuk seorang pelajar. Ada lebih kurang 30 buah pondok untuk untuk yang bujang belia nih..Balik nun, Rumah Tuan Guru seberang sungai...
Selesa, memang selesa. Apatah lagi pengajian percuma, tadah kitab, nganga.. Never learn kat universiti sekalipun.. hebat..hebat!
~~GEMBIRA BILA ILMU SAMPAI KE DALAM HATI DAN JIWA~~
Labels: Pondok Gajah Teriak
Kitab Pengajian Sabtu
Pengajian ku di Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Gajah Teriak ni masuk tahun ke2. Berkat doa dan kesabaran suami 'mengheret' ku ke alam pengajian, aku terpilih juga untuk mengaji disaat-saat usiaku meniti hari TUA!. Alhamdulillah, syukur ku pada Tuhan kerana membuka pintu hati, meluaskan peluang untuk terus ku menimba ilmuNya..
Alhamdulillah ada beberapa buah kitab dah khatam, antaranya:
Tauhid : Minhaj Ahl al-Haq li Takmil Risalah al-Haq susunan T.G Khairul Anuar bin Syafiee al-Balasi al-Qadahi
Tasauf : Kitab Hidayatul Salikin karangan Sheikh Abdul al-Samad Palembani
Tauhid : Misbahul Munir susunan T.G Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani
Fiqh : Munyatul Mushalli karangan al-'Alim Tuan Sheikh DAud bin Abdullah Al-Fathani
Labels: Pondok Gajah Teriak
Monday, October 13, 2008
Beza Orang Beragama dan Orang Yang Belajar Agama
Assalamualaikum...Apa agaknya beza 2 istilah ini?
Biasa saya sebutkan dalam pengisian yang saya sampaikan kepada audien. Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya!
Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.
Namun begitu, orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik.
Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?
21 Mei 2007, 4 JamadilAwal 1428,
1.00 petang Malaysia Timur
Posted by iskandar zulkarnain at 12:38