Tuesday, October 28, 2008

Madrasah Nurul Iman, Kg Buluh Nipis, Napoh Jitra Kedah.

Pondok Pengajian Al-Imaniah, Pondok Buluh Nipis, mukim Napoh, Jitra Kedah diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Ibrahim Mohd Isa. Pondok ni tak berapa lama sangat dibangunkan. sekitar setahun ni 2008M ni jaa..

Inilah keadaan tempat pengajian/surau yang masih belum sempurna..
Barisan 'rumah panjang' pondok tempat student pondok menginap. Masih belum banyak facilities an masih memerlukan sumbangan... Pahala membantu fisabillillah, orang mengaji ilmu agama tuh...
Bawah ni, of course Raja ngan aku ler berposing2an..

So, kalu ada kawan2 yang nak menyumbang ikhlas.. Atau nak sedekah tahlil ntuk arwah ka, yang nak sedekah jamuan buka puasa ka, yang nak bantu sikit2 pembangunan pondok ka, yang tak tau nak letak mana duit2 yang tak berapa nak confirm "kehalalannya, nak berzakat duit KWSP ka, duit faedah bank, ASB dan segala bagai tu, boleh lah dipanjang2kan kepada pondok2 yang ku paparkan ini....





Labels:

Kitab Pengajian Jumaat ku

Kitab-kitab yang dalam proses pembelajaran di Pondok Nurul Iman, Kg Buluh Nipis, Napoh Jitra.

Guru : Ustaz Ibrahim Muhammad Isa
Kelas Umumi : Jumaat (8.30am-11.00am)

Kitab Fiqh : Sullam as-Sibyan.

Karangan : Haji Cik bin Ahmad al-Qadahi (Tok Ayah Cik)

Kitab Tauhid : Paku Iman dan Simpulan Iman

Karangan : Haji Cik bin Ahmad al-Qadahi (Tok Ayah Cik)


Kitab Tasauf : Penawar Bagi Hati

Karangan: Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indunisi al-Mandili

Labels: