Sunday, August 9, 2009

Tarikh : 29 Januari 2009
Tempat : Ma'ahad As-Syatiri, Jalan Sungai Dedap, Yan Kedah..

Ma'ahad As-Syatirie ni dirasmikan hari ni - 29/1/2009 ..

Mudir Ma'ahad ni bernama Ustaz Zulkifli bin Ahmad. Menamatkan pengajian selama 6 tahun daripada Yaman.
Nama As-Syatirie ni diambil daripada keturunan Tok Guru kepada Ustaz Zulkifli yang bernama Al-Allamah al-Habib Salim As-syatirie, yang berasal daripada Yaman.. Madrasah (pondok) ni merupakan cawangan kepada Madrasah Rubat Tareem di Yaman.
Saya ambil gambar dari skrin TV jerr..

Inilah rupa Al-Allamah Al-Habib Salim bin al-Habib Abdullah bin 'Umar Al-Syatirie.. Walaupun agak uzur dan beberapa kali delay penerbangan ke Malaysia, tetapi masih kuat semangat berkunjung ke Malaysia unuk merasmikan cawangan Rubat Tareem Malaysia atas kepercayaannya pada Ustaz Zulkifli ni..

Habib Salim lahir pada tahun 1359H di Kota Tahrim, Hadramaut Yaman. Rubat Tareem diwarisi daripada
keturunannya As-Syatirie, telah berusia lebih 250 tahun. Melalui pelbagai fasa perubahan zaman, termasuk pernah ditutup semasa pemerintahan komunis di Yaman..

Semoga khazanah warisan para Anbiya' akan terus mekar subur..