Thursday, October 30, 2008

Khatam - Muniyatul Musholli

Alhamdlillah, akhirnya selesai juga kami mengkhatamkan kitab yang hanya setebal kira2 32 m.s setelah hampir 2 tahun kami mengaji...

Selesai dibaca pada 20 Ramadhan 1429H / 20 September 2008M (Sabtu) di Madrasah Darul Muhajirin, Kg Gajah Teriak, Jitra Kedah Oleh T.G Ustaz Khairul Anwar Al-Syafie Al-Balasi...



Labels:

Sunday, October 26, 2008

Madrasah Darul Muhajiirin, Kg Gajah Teriak, Mukim Binjal, Jitra Kedah.

Madrasah Darul Muhajirin, Kampung Bukit Gajah Teriak, Mukim Binjal, 06000 Jitra Kedah Darul Aman

Mudir : Tuan Guru Mohd Khairul Anuar Shafie

Kelas Umumi : Setiap Sabtu 8.30am - 10.30am

Alhamdulillah, aku mula menjejakkan kaki ke pondok ni since 2 tahun lepas. Hanya berpeluang mengikuti pengajian umumi yang diadakan setiap hari Sabtu.

Persekitaran Masjid tempat pengajian. Baru siap dibina sepenuhnya sekitar tahun 2006 gitu.


Pondok-pondok untuk warga yang dah berkeluarga... Biasanya warga tua yang memang komited untuk tinggal di kawasan pondok nih.. (full time lah gitu). Ada yang rumah papan tingkat atas tu depa bawa daripada rumah lama-lama depa. Kawasan kejiranan pondok-pondok pelajar. Semuanya Banin (lelaki). terletak di lereng bukit.
Lebih jelas. Pondok pelajar di lereng bukit. Teratur dan kemas.. sejuk mata memandang. Sebuah pondok untuk seorang pelajar. Ada lebih kurang 30 buah pondok untuk untuk yang bujang belia nih..
Balik nun, Rumah Tuan Guru seberang sungai...
Selesa, memang selesa. Apatah lagi pengajian percuma, tadah kitab, nganga.. Never learn kat universiti sekalipun.. hebat..hebat!

~~GEMBIRA BILA ILMU SAMPAI KE DALAM HATI DAN JIWA~~


Labels:

Kitab Pengajian Sabtu


Pengajian ku di Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Gajah Teriak ni masuk tahun ke2. Berkat doa dan kesabaran suami 'mengheret' ku ke alam pengajian, aku terpilih juga untuk mengaji disaat-saat usiaku meniti hari TUA!. Alhamdulillah, syukur ku pada Tuhan kerana membuka pintu hati, meluaskan peluang untuk terus ku menimba ilmuNya..

Alhamdulillah ada beberapa buah kitab dah khatam, antaranya:

Tauhid : Minhaj Ahl al-Haq li Takmil Risalah al-Haq susunan T.G Khairul Anuar bin Syafiee al-Balasi al-Qadahi


Tasauf : Kitab Hidayatul Salikin karangan Sheikh Abdul al-Samad Palembani


Kitab ngaji sekarang:

Tauhid : Misbahul Munir susunan T.G Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani

Fiqh : Munyatul Mushalli karangan al-'Alim Tuan Sheikh DAud bin Abdullah Al-Fathani

Tasauf : Jila ul Qulub karangan Al-'Arif billah As-Syeikh Abdul Samad Ibn Muhammad Soleh al-Kelantani
~~MAKIN BELAJAR MAKIN TERASA KEJAHILAN DIRI~~

Labels: